Tuesday, September 20, 2011

JANJI KASIH - SRI DIAH

(buku dipinjam dari Library LPPKN)

Saliwati merupakan anak ke 2 kepada En Aminuddin dan Pn. Junaidah ..  Permasalahan demi permasalahan yang berlaku terhadap keluarga dan juga dirinya membuatkan Sali berasa amat tertekan  lebih2 lagi bila mana beliau ditangkap khalwat dengan pensyarahnya.

Keruntuhan rumahtangga ibu bapanya akibat dari sikap ibunya yang inginkan kebebasan dan lebih kemewahan dengan merasakan apa yang didapati bersama bapa Sali tidak memadai.  Kakak Sali berada jauh di Singapura dan adiknya di luar negara membuatkan Salilah yang merasai apa yang bergolak dalam kehidupan keluarganyaa.. Sali terpaksa membahagi masa duduk bersama ibu dan kadangkala bersama bapanya di rumah lain.

Masalah semakin rumit bila mana ibu Sali berkahwin baru dengan pemuda yang jauh lebih muda dari ibunya.  Keadaan Sali semakin tertekan bila mana ibunya kerana terlibat dalam perlanggaran yang mengakibatkan beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dan Sali juga menghadapi saat-saat ngeri bila mana bapa tirinya ingin mencabulnya semasa beliau kembali ke rumah ibunya untuk mengambil barang-barangnya.

Sali dan Zahim saling menyintai namun Zahim ditunangkan dan akhirnya berkahwin dengan Ayuni membuatkan Sali tambah kecewa...Namun akhirnya jodoh Sali dengan Zahir tetap ada bila mana Ayuni memohon agar Zahim berkahwin dengan Sali kerana beliau tahu bahawa beliau tidak akan hidup lama akibat dari penyakit asma dan buah pinggangnya dan juga kerana cintanya yang sangat mendalam terhadap Zahir, dan sememangnya  Ayuni pergi lebih dahulu tanpa sempat melahirkan anaknya bersama Zahim kerana sakitnya yang kronik..

Setelah persepakatan diambil maka akhirnya ayah Sali bernikah juga dengan ibu Zuraida  yang mana sebelum ini suami kepada Ibu Zuraida ada pemandu kepada ayah Sali...dan dalam masa yang sama Delly (setiausaha ayah Sali)...memang begitu menyukai En Aminuddin yang bertanggungjawab walaupun ianya  tanpa disedari oleh bosnya.   Lebih-lebih lagi bila mana tunang beliau ekrpa bersikap kasar dengannya dan En. Amin sentiasa membantu beliau.   Ibu Zuraida yang mengetahui perasaan Delly telah meminta agar En Aminuddin menikahi juga Delly.  Walaupun pada mulanya En. Amin agak keberatan namun akhirnya beliau bersetuju dan Zuraida  juga yang sedang bermadu kasih dengan Huzairi akhirnya bersatu jua akhirnya.

No comments:

Post a Comment