Wednesday, April 7, 2010

ARCA DI CERMIN - SITI ROZILAH

Kamal, Lokman dan Azeem sering dimomokkan oleh org tua mereka dan juga org2 kampung bahawa Villa Idaman berwarna putih di puncak bukit tersebut berhantu dan ada org gila yg tinggal di sana.

Naluri anak2 nakal memang ingin mencuba dan pada suatu hari mereka telah ke sana utk mengetahui misteri di villa tersebut.  Di sana Azeem telah berkenalan dgn dgn Sofia yg juga dikenali dgn nama Tun  Fatimah yang sedang menaiki kuda putih waktu itu.

Pada ketika yg lain mereka  telah memasuki villa berkenaan & secara tidak sengaja Lokman telah terlanggar pelita di villa & mengakibatkan villa tersebut terbakar.    Kejadian tersebut kerap menghantui mereka sehingga mereka dewasa..terutamanya Azeem yang kerap teringatkan Tun Fatimahnya memandangkan mereka semua difahamkan bahawa kesemua penghuni villa tersebut terkorban.

Hakikatnya Sofea terselamat tetapi mukanya separuh terbakar akibat terkurung di bilik bawah tanah bersama pakcik Ben yang kurang waras yang dikunci oleh kembarnnya iaitu Kamaria.  Sofea tercedera kerana ingin menyelamatkan pakciknya.  Sofea terselamat dan tinggal bersama salah seorg penduduk kampung tersebut bersama2 Pakcik Ben dan enggan mengikut datuknya ke Singapura dan sememangnya datuknyua juga tidak megetahui yang Sofea masih hidup.

Sofea juga tidak mengetahui kembarnya masih hidup. Kamaria di bawa oleh datuknya tinggal di Singgapura sehingga dewasa.

Sofea mempunyai bakat melukis dan menulis.. Karya2 lukisannya ditandatanagn dgn initial PC dan hasi tulisannya dgn nama pena Putri Candan  Pendapatan Sofea sungguh lumayan yang mana pasaran dilakukan oleh Abg Nizar iaitu anak Makcik Limah keluarga yg membela beliau.

Sofea berkenalan dgn Amin anak kecil kampung tersebut yg kerap dipukul oleh ayahnya... suatu hari keadaan Amin yang teruk dibelasah dan pengsan membuatkan Sofea membawanya ke hospital dan semasa Amin dirawat di sana Sofea berkenalan dgn Dr Azman dan akhirnya mereka berkahwin.. Dr. Azman jugalah yang mengurukan pembedahan Sofea sehingga beliau kembali cantik seperti asal dan mereka hidup dgn amam bahagia walau pada asalnya ibu Dr. Azman tidak menyetujuinya kerana keadaan Sofea yang sungguh jelik.  Dalam masa yg sama Kamaria pula menjadi perempuan  simpanan Johanthan & seterusnya Datuk Zahari.. Kamarian membunuh Datuk Zahari kerana dendam dan juga cuba membunuh Lokman kerana Lokman agak berat hati memperisterikan beliau kerana beliau telah mengandung pd masa itu dan masa yg sama telah beristeri dan punyai anak. Lokman juga hampir maut kerana ditikam oleh Kamaria. 

Sofea telah mengadakan pameran lukisannya dan pada masa yg sama Kamaria mengetahui adiknya itu masih hidup.  Beliau cemburu dgn kejayaan & kebahagiaan Sofea.  Sofea telah diculik oleh Kamaria dan Sofea juga sebenarnya kasihan dgn keadaan Kamaria yg sentiasa malang.  Semasa polis datang ingin menangkap Kamaria Sofea telah bertindak seolah2 dialah Kamaria dan akhirnya yang ditangkap adalah Sofea.  Sungguh mulia hari Sofea kerana sanggup memberikan kebahagiaan kepada Kamaria agar beliau dapat mengecapi kehidupan berkeluarga bahagian sepertinya bersama Dr Azman sebelum ini dan kini dia pula mengantikan tenmpat Kamaria.  Namun begitu Azeem yang pernah merasakan adanya ikatan hati dgn Sofea sejak lama dulu tidak dapat dibohongi oleh Sofea kerana beliau tau Sofea telah bertukar tempat dgn Kamaria.

No comments:

Post a Comment