Wednesday, April 7, 2010

KIRANYA KAU BERBOHONG - MAIZURA MOHD EDERIS

Buku ni dibeli pada 1/4/2010
merupakah cetakan semula..
tapi sebab aku belum ada lg buku ni maka  aku belilah..
sebanyak 15 buah buku sekali aku beli..yalah masa ni ada jualan murah..maka aku ajdikan stok utk aku membaca bila free nanti.

Ariff dan Alia bercinta semasa mereka sama2 menuntut di University Cambridge.. 2 tahun menyulam cinta Alia terpaksa memohon Ariff melupakannya kerana beliau akan berkahwin dengan pilihan keluarga.

Akibat dari kekecewaan tersebut Ariff akhirnya bertugas di sebuah pulau yang jauh dari segala kemudahan dan perhubungan.  Pada zahirnya Ariff bekerja dengan Tuan Syed iaitu suami Alia bagi memajukan Jentayu Corporation dan sebenarnya  dalam masa yang sama beliau juga menjadi tali  barut company keluarga beliau yang juga menginginkan pulau yang sedang dalam perancangan untuk dibangunkan sebagai satu pulau satu resort. 

Setelah beberapa tahun tinggal di pulau tersebut Ariff mula menyintai kepulauan tersebut dan menyokong orang kampung membuat patisyen agar tidak menjual tanah2 mereka kepada orang luar...

Pergaduhan akhirnya berlaku antara Ariff dan Tuan Syed Rizal bila mana beliau mengetahui isterinya mempunyai hubungan dengan Ariff dan sanggup menyerahkan pulau dan bengkel yang disediakan untuk Ariff dengan syarat Ariff bersedia melepaskan isterinya dan tidak mengganggu mereka.   Ariff juga secara terpaksa menanda-tangani perjanjian yang dibawa oleh Syed Rizal memandangkan Syed Rizal mengacukan pistol kepada beliau.  Dalam keterpaksaan Ariff terpaksa menandatangani surat perjanjian tersebut.

Pulau Penentian akhirnya berjaya dibangunkan oleh Syarikat Bestwood dengan Ariff sebagai tunjangnya.   Alia berusaha melupakan Ariff dengan cuba memberi sepenuh kasih sayang kepada suami dan anaknya dan juga dengan kehadiran seorg lagi cahayamatanya iaitu Syed Imran.

Siti yang ada hati dgn Ariff akhirnya memutuskan utk melupakan Ariff bila mana beliau memasuki bilik Ariff dan mendapati potret Alia ada di dalam bilik Ariff dan menganggap Ariff seorang yang berlaku serong kerana mencintai isteri orang.

Salleh seorang penduduk di pulau Penantian telah berjaya menempah nama dan  berjaya di bidang mencipta lagu.  Sebelum ini  beliau bekerja bersama Ariff di bengkel di pulau tersebut.  Siti yang sebelum ini menyimpan hati terhadap Ariff akhirnya mengetahui  Ariff dan Alia merupakan pasangan kekasih yang bahagia semasa di luar negara.  

Siti dn Salleh akhirnya berkahwin dan bahagia.  Beliau juga dapat membongkar misteri angsa putih yang berada di rumah Alia..

Ariff meninggal setelah botnya yang di beri nama Alisya iaitu bersempena nama adiknya yang meninggal telah terkorban di laut luas bila mana botnya dilanda gelombang yang ganas.  beberapa hari Ariff koma dan akhirnya meninggal..

Setelah beberapa tahun Ariff meninggal,  Alia ke pulau perhentian semula bersama anaknya dan dibenarkan oleh penjaga rumah berkenaan untuk memasuki bilik Ariff.   Alia tetap tertanya2 mengapa Ariff meninggalkannya sedangkan angsa putih tetap bersamanya semasa beliau meninggal.  Hakikatnya Ariff tetap menyayangi Alia hingga ke akhir hayat beliau.

No comments:

Post a Comment