Tuesday, November 8, 2011

GERHANA - JESSY MOJURU

(buku dipinjam dari perpustakaan LPPKN)

Syakir serta teman2nya bekerja di syarikat minyak Caledonian Offshore yang kini terdampar di Norwegian Sea, di Stockholm.   2 lagi rakannya itu adalah dari Singapura dan Brunai manakala Syakir berasal dari Sabah.   Walaupun bekerja di pelantar minyak amat menyiksa  dan memeritkan namun pendapatan dan pengalaman yang diperolehi adalah amat berbaloi daripada menganggur.  Dan di masa senggang mereka bekerja di Hyde Cafe iaitu kepunyaan warga Guine dan di sebelah malamnya mereka mengambil upah mengangkut raga2 ikan di pelabuhan stockholm.

Ketika Syakir bersiar2 di sekitar jeti yang berhampiran dengan hotel mewah di sana beliau telah terserempak dan berkenalan dengan Julia..Walau baru pertama kali bertemu Julia dan Syakir telah sama2 terpesona yang mana akhirnya Julia sanggup berkahwin dengan Syakir walaupun tahu banyak pengorbanan yang perlu dilakukannya.

Keluarga Julia amat marah bila mana mengetahui anaknya berkawan dengan orang Asia iaitu golongan yang paling dibencinya..Namun kerana cinta yang mendalam..Julia telah bernikah secara sembunyi dengan Syakir...

Sarah iaitu kakaknya Julia  kerap mencari kesalahan Julia kerana Julia kerap dimanjakan oleh keluarganyaaa...dan bilamana mendapati Julia muntah2 maka dia menyesyaki sesuatu yang telah berlaku..Namun kakak sulungnya iaitu Victoria setelah mengetahui siapa Syakir di sini Julia telah meminta adiknya mengikut suaminya dan mencadanghkan mereka ke Switzland bertemu dangan sahabatnya yang dijanjikan akan memberikan Syakir pekerjaaan...

Walau apda asalnya Syakir terpaksa bekerja sebagai buruh , namun kemudiannya di letak di tempat yang agak baik di syarikat kawan Victoria..namun hasad dengki dari rakan sekerja membuatkan Syakir dipukul dengan teruknyaa..numun akhirnya kesemua permasalahan dapat diselesaikan dengan baik.

Walau kehidupan Julia amat berbeza dengan kehidupann hariannya sebagai keluarga bangsawan namun hatinya tetap gembira kerana dapat bersama2 orang yang dicintai.   Selepas anak mereka berumur 6 bulan kakak Julia Victoria dan Sarah telah melawat mereka....dan Julai juga dikhabarkan mengenai keadaan ibu mereka yang amat merinduinyaa..

Julia tidak tertahan pabila mendapat tahu bahawa ibunya sakit tenat...dan selepas berpikir sejenak maka beliau telah meninggalkan syakir dana anaknya buat sementara untuk kembali ke keluaranyaa..Syakir begitu kecewa kerana tidak tahu mengapa sampai Julia sanggup meninggalkan mereka sedangkan tidak pernah ada persengketaan di antara mereka.  Syakir juga telah ke London untuk mencari Julia namun tidak berjumpa dan akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia kerana keadaan kewangannya yang tidak mencukupi untuk beliau terus tinggal di sana..

Ibu Syakir begitu marah dengan tindakan Syakir mengahwini Julia kerana sememangnya Syakir telah bertunang dnegan Nurbaya dan tunanngnya masih setia.  Ibunya mendesak Syakir menceraikan Julia walau ditentang keras oleh bapa Syakir dan juga tidak dipersetujui oleh Syakir sendiri.  Keluarga Nurbaya tiada halangan jika Syakir mengambil anaknya sebagai isteri ke 2 kerana dah terlanjur Nurbaya tetap setia...

kedatanagn Julia ke rumah Syakir semasa hari Syakir akan menikah membuatkan ibu Syakir semakin naik angin dan memaksa Syakir menceraikan Juliaa..namun kerana desakan ibunya yang terlampau dan Syakir telah terlalu lama bersabar dengan karenah ibunya maka Syakir telah membawa Julia keluar dari rumah tersebut dan enggan menurut kemahuan ibunya untuk berkahwin dengan Nurbaya..

Namun akhirnya ibunya sedar bahawa kekerasan hatinya membuatkan anaknya merana dan akhirnya memohon agar Syakir memaafkan segala perbuatan dan keterlanjuranyaa..

No comments:

Post a Comment