Tuesday, November 8, 2011

UNTUK TIGA HARI - AHADIAT AKASAH

(BUKU DIPINJAM DARI LIBRARY LPPKN)

Zafrin (Zack) menyintai Balkis sejak mereka sama-sama bersekolah menengah...dan berjanji untuk bersama-sama melanjutkan pelajarannya ke U.  Memandangkan Balkis dari keluarag miskin maka beliau hanya akan melanjutkan pelajaran ke U tempatan dan Zack yang mendapat tawaran ke luar negara enggan melanjutkan pelajarannya ke sana kerana telah berjanji dengan Balkis.

Ibu Zack yang sememangnya tidak menyukai Balkis telah mengugut Balkis dan secara paksa mendesak Balkis melanjutkan pelajaran ke luar negara dan sekaligus menjauhkan diri dari Zack dan melupakannya.   Segala perbelajaan pelajaran Balkis dan ibunya di sana dibiayai sepenuhnya oleh ibu Zack tanpa pengetahuan Zack.

Zack begitu kecewa dengan kehilangan Balkis...hampir 13 tahun dia setia walau puas didesak oleh ibunya untuk berkahwin.   Namun cinta Zack terhadap Balkis terus mekar. 

Semasa melanjutkan pelajaran di UM Zack bercinta pula dengan Ujie dan merancang berkahwin...namun kedua-duanya tiada jodoh bila mana masing2 didesak oleh keluarganya untuk mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihan keluarga mereka..namun mereka masing2 telah berjanji untuk meminta cerai selepas 3 hari bernikah.

Balqis walau berjaya dalam pelajaran dan kerjaya tetap merasa kekosongan akibat kekecewaan percintaannyaa...beliau juga tiada saudara mara selepas ibunya meninggal di luar negara semasa beliau melanjutkan pelajaran.   Rudy benar2 menyintai Balqis namun tetap ditolak kerana hatinya masih menyintai Zack....kerap Rudy mengingatkan bahawa kedudukan dan kekayaan yang melimpah ruah untk Balqis tiada ertinya jiak beliau hanya keseorangan dan untuk apa sebenarnay kesemuanyaa... Sebenarya kejayaan balqis adalah kerana hinaa dari ibu Zack dan kini beliau telah menunjukkan kejayaan.. Kadangkala ingin Balqis berdepan dengan ibu Zack bahawa dirinya kini telah berjaya lebih ari ibu Zack yang kerap menghinanyaa..

Berbalik pada Zack yang berkahwin dengan Juwita...Juwita tetap melayan Zack dengan baik dan keluarag Zack amat menyenanginya...namun Zack telah menyatakan hasrat menceraikan Juwita selepas 3 hari berkahwin membuatkan hati Juwita benar2 hancur.. Walau perkahwinan ini juga adalah kerana terpaksa bagi dirinya namun maruahnya begitu tercalar akibat perbuatan Zack dan beliau tidak berganjak denga keputusannya untuk keluar dari rumah ibu Zack dan rayuan Zack untuk berbalik semula tidak diindahkannyaa.

Ujie pula yang berkahwin dengan Armi pula menunjukkan sikap yang kurang menyenangkan di mata Amri namun Amri tetap melayannay dengan baik.. Ujie juga kerap menjauhkan diri dari suaminya dan ingin menyatakan perancnagan ingin menuntut cerai selepas 3 hari berkahwin..Namun kebaikan Amri telah membuatklan Ujie kalah dan akhirnya tanpa dipaksa beliau merelakan dirinya untuk suaminya ..dengan itu Ujie mengambil keputusan untuk membatalkan perjanjian yang telah dibuat bersama Zack...Zack begitu terkejut dengan keputusan Ujie namun nasi telah menjadi bubur kerana Juwita telah berpatah hati dan akhirnya Zack kembali berseorangan.

No comments:

Post a Comment