Wednesday, November 9, 2011

ANDAI KUMILIKI SEMALAM - SYAMIMI AMINOLAH

(BUKU DIPINJAM DARI PERPUSTAKAAN NEGARA)

Puteri sering leka dengan tugas-tugasnya sebagai wedding planner di companynya sendiri yang bernama Mahligai...berbagai ragam manusia ditangani dengan tabah.  Berbeza dengan puteri dahulu seorang tomboy/ranggi yang menaiki motosikal besar, berseluar jeans lusuh dan t-shirt sahaja.  Puteri sekarang seorang yang anggun, ayuu dengan keterampilan yang sungguh menggoda sesiapa jua jejaka yang memandangnyaa.

Pertemuan Puteri dan Mukriz bermula semasa Puteri menguruskan satu perkahwinan...Mukhriz terpesona dengan idea2 kreatif Puteri dan seterusnya Mukriz juga telah jatuh hati pandang pertama dnegan Puteri walau pada mulanya Puteri enggan melayannya.

Zahrin (Zack) amat menyintai Puteri sejak mereka masih sama2 bersekolah lagi..namun keegoan Puteri yang menolak cinta Zack membuatkan Zack membawa diri ke luar negara hingga bertahun2.   Namun desakan keluarga yang ingin Zack berumahtangga membuatkan Zack tidak dapat menolak untuk bertunang dengan Shila iaitu sepupunya sendiri.  

Melihatkan keadaan Puteri yang terlalu penat bekerja maka keluarga dan rakan2 menyarankan bercuti panjang, maka ajakan Dahlia ke tempatnya di London akhirnya ditunaikan.  Satu kejutan dibuat bila mana Dahlia membuat surprise yang mana Zack telah diundang makan malam di rumah Dahlia..  Dahlia merahsiakan pertemuannya dengan Zack setiap kali ditanya oleh Puteri kerana mereka Zack tetap menggangap yang Puteri tidak menyintainya ibarat cintanya bertepuk sebalah tangan.  

Perpisahan selama 6 tahun membuatkan amsing2 merana keran Puteri sebenarnya kesal dengan keegoannya enggan emnerima cinta Zack dahulu...Pertemuan mereka malam itu benar2 mengejutkan Putri yang sememangnya telah lama menyesal dengan keegoannya dahulu dan sememangnya mencari2 di mana keberadaan Zack.  Namun selepas pertemuan tersebut Puteri tetap masih ingin bertarik tali dengan Zack.

Amat payah bagi Zack untuk memberitahu bahawa beliau telah bertunang walau tanpa kerelaannyaa...Berita tersebut yang akhirnya diketahui oleh Puteri amat mengecewakannya dan tanpa memberitahu Zack beliau telaha kembali ke Malaysia kerana kecewa.   

Zack dan Sheila menyongsong Puteri ke Malaysia...



 

No comments:

Post a Comment