Sunday, November 13, 2011

LAMARAN KEDUA - MA LEE CHUSWAN

buku dipinjam dari library LPPKN

Nina dan Jefri merupakan saudara sepupu.  Nina dijaga oleh keluarga Jefri selepas kedua2 ibubapa Nina meninggal.. Dan perhubungan Nina dan Jefri bukan sekadar sepupu tetapi mereka juga adalah merupakan tunangan yang saling menyintai.  Jefri melanjutkan pelajaran di luar negara selama 4 tahun, manakala Nina terlibat dalam bidang pemasaran serta pengiklanan serta bertugas sambilan sebagai model iklan...Namun Nina berasa tidak tenang bila mana di tahun2 akhir beliau amat jarang mendapat berita dari Jefri.

Perkhabaran yang Jefri akan pulang ke tanah air disambut gembira oleh Nina dan keluarga Jefri...Memandangkan Nina agak lewat maka beliau memandu sendiri ke airpot untuk menjemput Jefri, manakala keluarga Jefri telah terlebih awal sampai.

Namun hati Nina benar2 terluka bila mana jefri pulang bersama wanita lain yang kelihatannya cukup mesra serta bergandingan tangan.. Nina tidak sanggup memunculkan diri dan mengambil keputusan pulang sahaja.  Keadaan Nina ketara amat berubah pabila balik ke rumah membuat kan keluarga Jefri tertanya2 kerana sebelumnya beliau begitu teruja untuk menyambut kepulangan jefri.  Jefri juga merasakan seakan2 Nina mengetahui kepulangannya adalah bertemankan Nur Ayu.

Akhirnya Nina mengambil keputusan memutuskan pertunangan mereka walau Jefri tidak menyetujuinya.  Keputusan Nina adalah bulat dan akhirnya beliau merantau ke Kuala Lumpur kerana membawa hatinya yang luka..

Selama 2 tahun Nina di KL dan Jefri tidak berputus asa memujuk-nya namun hati Nina tetap keras.   Tengku Zulkan ketua di syarikat bekau bekerja turut menyatakan hasrat hatinya kerana beliau amat menyenangi Nina, begitu juga dengan anak Tengku Zulhan, namun hati Nina tetap pada Jefri walau beribu kali beliau menafikannya.

di KL Ninan tinggal bersama Rokiah yang mengamalkan kehidupan bebas.  Malang tidak berbau kerana semasa Jefri datang ke rumah Nina untuk memujuknya, beliau telah tertangkap kerana disyaki bersekedudukan dengan yang bukan muhrim.  Walau keluarga amat memarahi mereka namun mereka dengan rela hati bernikah kerana masing2 memang saling menyintai dan tidak sanggup untuk berpisah.

Selepas bernikah..badai deras tetap terus melanda kehidupan mereka akibat dek cemburu yang tidak pernah berkesudahan dan masing2 tetap dengan ego masing2 dan juga hanya membuat andaian tersendiri tentang hubungan yang terjalin di antara pasangan mereka dengan orang2 luar yang rapat dengan mereka tanpa duduk berbincang sesama mereka...namun pengakhirannya segala kekusutan dapat dileraikan pabila masing2 merasakan tidak akan ada kesudahan kiranya mereka berterusan dengan kekerasan hati masing2.

No comments:

Post a Comment