Tuesday, August 25, 2015

Dia Yang Ku Cinta - Indah Hairani


DIA YANG KUCINTA - INDAH HAIRANI

Cempaka Amna dan adiknya Iman Idham merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid.  Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna bila ibu kandung mereka telah meninggal dunia.   Kedua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Marhanna dan mereka kerap diseksa dan dimaki hamun walau mereka hanya melakukan kesalahan kecil sahaja.

Anak kepada Puan Marhanna iaitu Lara Andrew juga mempunyai sikap yang sama seperti ibu mereka namun abang kepada Lara Andrew begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini.   Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua mereka ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.

Hafidz Andrew dan Lara Andrew adalah juga merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki inggeris.  Hafidz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia bila Puan Marhanna dan suaminya bercerai.

Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Hanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka. Walau beliau berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang OKU namun beliau berazam akan kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.

Semasa melarikan diri beliau telah menaiki kereta Lukman yang kebetulan berhenti berhampiran tempat persembunyiannya   semasa   Lukman   melepaskan   hajat. Kehadiran Amna di dalam kereta tersebut disedari oleh Lokman bila mana kereta beliau hampir kemalangan.   Amna yang juga terkejut pada waktu tersebut telah menjerit ketakutan dan membuatkan Lukman juga terkejut sana kerana beranggapan ada hantu dalam kereta beliau.

Setelah bersoal jawab dan memarahi Amna, Lukman hendak menyerahkan Amna ke balai polis namun Amna telah nekad terjun dari kereta kerana tidak mahu dihantar pulang semula ke rumah Puan Hanna.


Amna mendapat luka2 ditangannya dan pengsan.  Lukman terpaksa membawa dan meninggalkannya di hospital kereana beliau terpaksa menghadiri mesyuarat.   Namun sebelum Lukman sampai semula untuk membawa beliau keluar, Amna telah menghilangkan diri.


Amna menaiki teksi yang dipandu oleh Patrik dan meminta beliau menghantarnya ke mana-mana hotel yang murah. Namun Patrik yang merasakan Amna kurang selamat tinggal di hotel murah telah menghantar Amna ke hotel yang dirasakan selamat.  Amna yang tidak kecukupan wang berasa resah dan buntu berada di hotel tersebut.  Beliau kemudiannya mencari surau untuk bersembahyang dan akhirnya terlelap.  Namun beliau telah dikejut dan dimarahi oleh pengawal keselamatan di situ yang beranggapan beliau ingin mengambil kesempatan duduk secara percuma di surau hotel berkenaan.

Beliau terpaksa keluar dari hotel tersebut walau jam pada waktu  tersebut telah melangkawi jam 12 tengah malam. Sewaktu Amna di luar hotel berkenaan, beliau telah didatangi oleh dua orang lelaki.   Lukman yang kebetulan berada berhampiran dengan tempat tersebut telah terlihatkan Amna dan terus menarik Amna menjauhi lelaki berkenaan.


No comments:

Post a Comment