Tuesday, August 25, 2015

TAK KUDUGA - RAMLAH RASHID


TAK KUDUGA

Lia lari ke Kuala Lumpur semasa hari pernikahannya bila dipaksa berkahwin dengan seupunya Shahrul. Ini membuatkan keluarga Mak Andak dan pak Andaknya marah serta malu.

Malang bagi Lia bila mana sahabatnya  Suzana yang berjanji mengambilnya di perhentian bas telah terlupa akan janjinya menyebabkan Lia yang kebingungan mengikut Neyli iaitu ibu ayam yang pada mulanya disangkakan ingin membantunya kerana tidak tahu arah ke mana beliau hendak tuju kerana waktu telah jauh malam.

Lia di bawa ke rumah Neyli dan di sana baru diketahui bahawa Neyli merupakan ibu ayam yang ditakuti dan sesiapa yang telah terperangkap tidak akan lepas darinya.  Ini diceritakan oleh Marry yang juga telah terjebak menjadi mangsa Neyli.  Banyak pesanan dan nasihat dari Marry untuk Lia.   Beliau juga membantu Lia bagaimana cara untuk melepaskan diri.

Lia dapat melarikan diri dan menyorok di kedai bunga Ah Cheong.  Di sana Lia diberi tempat tinggal dan makan oleh tauke.  Lia enggan keluar ke mana-mana apabila di ajak oleh Ah Siew iaitu anak saudara tauke kedai tersebut kerana bimbang diburu oleh orang-orang Neyli.  Namun akhirnya Lia tetap dapat dikesan dan beliau terpaksa melarikan diri dan terus memasuki kereta yang kebetulan berhenti di lampu isyarat ketika itu bagi menyelamatkan diri.

Setelah membawa Lia ke balai pollis, Datuk Firzat menempatkan Lia di kondonya.  Lia yang pada mulanya enggan akhirnya terpaksa menurut kerana tiada tempat lain yang hendak dituju.  Lia kemudiannya bekerja di pejabat Datuk Firzat dan hanya pemandunya Rani yang mengetahui adanya Lia di kondo tersebut.

Suatu hari Datuk Firzat yang terlupa Lia berada di kondonya telah membawa Zety ke sana.  Lia yang terlihatkan mereka berasa marah dan perbalahan timbul antara mereka.  Lia akhirnya mengambil keputusan keluar dari kondo tersebut kerana merasakan dirinya juga tidak selamat berada di sana kerana  Datuk Firzat juga bukanlah seorang yang baik.

Walau Datuk Firzat berkeras menghalang namun beliau tetap dengan keputusannya.  Walau bagaimanapun Lia yang selama ini menganggap Datuk Firzat sebagai bapanya kerap mengambil berat akan kesihatan Datuk Firzat.  Sakit demam Datuk Firzat hanya Lia dan Rani yang tahu.  Makan minum Datuk Firzat juga banyak yang diambil berat oleh Lia.  Lia jugalah yang telah banyak menyedarkan Datuk Firzat akan aktiviti-aktiviti kurang sihatnya selama ini.  Kerana Lia jugalah Datuk Firzat telah mula mengenali tikar sembahyang dan tidak lagi menjalankan aktiviti-aktiviti haramnya serta menjauhi rokok. 

Datin Mariah pernah menyerang Lia di kondo Datuk Firzat kerana menyangka Lia adalah perempuan simpanannya setelah mendapat maklumat dari seseorang.  Walau puas Lia dan Datuk Firzat menerangkan hal sebenarnya namun Datin Mariah tetap enggan percaya.  Datin Mariah kerap sibuk dengan akviti-aktiviti luar serta penulisannya dan tidak penah mengambil endah akan keperluan Datuk Firzat, sakit peningnya serta lain-lain.  Datuk Firzat yang kerap kesunyian menyebabkan beliau mengikuti rakan-rakan dan terjerumus ke dalam aktiviti-aktiviti yang kuang sihat.

Kehidupan Lia agak kucar kacir selepas beliau keluar dari kondo Datuk Firzat.  Beliau juga mendapat kemalanagn menyebabkan kaki dan tangannya cedera.  Lia akhirnya kembali bersetuju pindah masuk semula ke rumah yang disediakan oleh Datuk Firzat dan Datuk Firzat juga tidak sanggup melihat Lia dalam kesusahan.  Lia juga diberikan kereta agar mudah untuk beliau berulang alik ke pejabat serta kuliah.

Pabila mengetahui Lia adalah anak yang cerdik, Datuk Firzay telah menepatkan Lia di pejabat barunya bersama anak angkatnya Farami.  Kemesraan Farami dan Lia membuatkan Datuk Firzat sakit dada namun cuba dielak dari nampak ketara.  Dalam masa yang sama juga Lia telah jatuh sayang dengan Datuk Firzat dan tidak hanya menganggap Datuk Firzat sebagai ayahnya.  Farami menyatakan sukanya pada  Lia dan melamar Lia semasa majlis makam malam syarikat di hadapan orangramai. 

Lia serba salah kerana mengharap lafaz yang sama dari Datuk Firzat namun secara zahirnya Datuk Firzat seolah-olah melayannya sebagia anak walau kerap kali dilihat ada garis-garis cemburu di mata Datuk Firzat. 

Lia akhirnya bersetuju berjumapa orang tua Farami apabila puas duipujuk.  Datin Mariah yang mengenali Lia begitu marah dan terus memaki hamun Lia tanpa mahu mendengar penjelasan dari Lia.  Lia yang begutu kecewa telah pulang ke kampung  kerana begitu kecewa.  Beliau juga memohon maaf dari Mak Andak dan Pak Andak atas apa yang berlaku.  Mak Andak dan Pak Andak telah memaafkan beliau dan mereka juga sedar akan kesilapan mereka.   Shahrul pula telah berkahwin dengan Suzana.  Mereka berkenalan bila mana Mak Andak dan Pak Andak membuat laporan polis dan terpampang di dada akhbar akan kehilangan Lia.  Suzana telah ke kampung Lia kerana tau kesilapannya yang terlupa menggambil Lialah yang menyebabkan Lia hilang.  Akhirnya cinta berputik antara Lia dan Shahrul dan akhirnya mereka berkahwin.

Mak Andak mengsyaki sesuatu telah berlaku terhadap Lia bila mana Datuk Firzat ke kampungnya untuk berjumpa Lia, diikuti oleh Farami dan akhirnya Datik Mariah.  Datin Mariah memohon maaf bila  mana mengetahui cerita sebenar siapa Lia   di sisi Datuk Firzat.  Dr. Nizam yang menjadi doktor peribadi Datuk Firzat juga mengambil tempat menerangkan bahawa beliau juga dibantu oleh Datuk Firzat semasa hidupnya susah sehingga beliau berjaya menjadi seorang doktor sekarang,   Datuk Firzat membantu sesiapa jua yang dalam kesusahan tak kira lelaki maupun wanita. 

Lia yang serbasalah telah memohon diri sebentar sebelum memberi jawapan atas pinangan Datin Mariah untuk Farami.   Beliau membuat panggilan terhadap Datuk Firzat untuk mengetahui siapa beliau di sisi Datuk Firzat.  Selepas mendapat kata putus.  Lia mengambil keputusan menerima Farami walau kedua-dua mereka begitu kecewa kerana cinta mereka tidak kesampaian.  Namun menyintai tidak semestinya memiliki.

No comments:

Post a Comment