Tuesday, August 25, 2015

AWEKKU MINAH LATAH - AIDA ADIA


AWEKKU MINAH LATAH
AIDA ADIA
Buku dibeli pada 7 Ogos 2015

Macam biasa akan date dengan Aida kalau nak ambik buku dia. Jumpa tempat biasa sambil ngeteh dan berborak-borak lagi pada 7 Ogos 2015 di Sogo berhampiran pejabat kami.   Awakku Minah Latah adalah buku kedua beliau.  Sama topnya dengan buku pertamanya "SAYA TETAP NAK AWAK".

Siti Maisara merupakah gadis kampung yang brutel.  Namun tiada siapa tahu beliau menghadapi konflik keluarga.  Ayahnya membeza-bezakan antara anak lelaki dan perempuan.  Sejak kecil anak-anak lelaki ditatang manakala anak-anak perempuan tidak diendahkan.  Ibunya yang sering diherdik, dicaci maki dan ayahnya mudah naik tangan bila marah.  Ibubapanya telah dua kali bercerai namun mereka bersama semula.

Maisara sejak kecil telah mula bekerja bagi mencari duit sendiri.  Perbelanjaan beliau ke pusat pengajian tinggi juga adalah hasil dari usaha beliau sendiri mengumpul duit semasa lepas SPM dan juga mendapat pembiayaan PTPTN.  Ayahnya tidak pernah mengambil kisah akan pelajaran anak-anak perempuannya.

Selepas habis Diploma, Maisara bekerja sebagai guru tadika di kampungnay.  Kemudian beliau mendapat pekerjaan di sebuah bank di Kuala Lumpur.  Dari rumah beliau perlu menumpang adiknya menaiki motosikal selama 20 minit ke stesen Padang Jawa untuk ke Kuala Lumpur dan seterusnya kena berjalan kaki ke Lebuh Ampang untuk sampai ke pejabat.

Setelah tiga bulan bekerja, ayahnya meminta beliau membuat pinjaman bank kerana menganggap mudah baginya berbuat demikian kerana beliau bekerja di situ.  Begitu juga dengan abangnya.  Maisara naik angin dengan perangai mereka yang tidak pernah mengambil peduli tentang susah payah Maisara menanggung diri sendiri belajar tetapi dengan mudah pula meminta pertolongannya di kala mereka susah.  Jumlah yang dipinta pula bukannya sedikit iaitu sebanyak 20 ribu, sedangkan Maisara sendiri tidak tahu berapa banyak yang dia boleh pinjam.

Di pejabat Maisara disenangi oleh rakan-rakan kerana sikapnya yang cepat mesra dan telah menceriakan department beliau yang sebelum ini dianggap sebagai bilik mayat.   Maisara kurang rapat  dengan Zaim kerana sedari awal mereka seakan ada konflik iaitu di hari pertama Maisara datang untuk  temuduga.

Zaim yang berperwakan jambu dan suka menjaga penampilan mengalahkan wanita ini sebenarnya mempunyai konflik dalaman.   Beliau pernah menyukai lelaki dan akhirnya hubungan mereka putus kerana mengetahui perhubungan mereka tidak akan ke mana.  Zaim juga pernah kecewa kerana cintanya ditolak oleh wanita yang amat disukainya suatu ketika dulu. Zaim bersikap lembut dan melayan dengan baik  jika orang itu adalah lelaki namun dengan wanita beliau akan menjadi garang dan mulut seakan tiada insurans.

Konflik keluarga Maisara makin meruncing,  seorang abangnya terlibat dalam najis dadah, adik perempuannya tidak pulang ke rumah kerana mengikut pengkid, ayahnya juga telah 3 bulan tidak balik.  Kesemua tanggungjawab terbeban atas bahu Maisara.  Ibunya pula meninggal semasa bergelut dengan abang Sara yang ingin mengambi rantai dileher ibu mereka kerana ingin membeli dadah. 

Walau pada mulanya abang beliau direman namun akhirnya dilepaskan kerana siasatan menunjukkan ibunya meninggal akibat serangan jantung.  Adiknya Siti Musliha sejak keluardari  rumah tidak pulang-pulang dan bekerja sebagai GRO, abangnya Muaz menjalankan apa juga kerja yang mendatangkan wang walaupun menyalahi peraturan setelah dibuang bekerja dahulu kerana kerap pontang.   Ayahnya menjadi gelandangan kerana lari daripada ceti akibat berhutang. Baru kini beliau sedar bahawa kesilapan memberi kemanjaan yang berlebih-lebih kepada anak lelakinya tidak mendatangkan apa-apa manfaat pun kepada beliau malahan menjadikan diri beliau sebagai buruan Along.


Zaim dan Akmal menjadi makin rapat dengan Maisara setelah insiden mereka menjadi tempat Maisara mengadu dan seterusnya menguruskan segala urusan pengebumian mak Maisara.  Mereka mengetahui sejarah hidup Sara dan antara mereka kini tiada rahsia lagi.  Majikan serta rakan-rakan Sara ramai yang datang memberi penghormatan terakhir kepada ibu Sara.   Masalah yang bertimpa-timpa membuatkan Sara tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan akhirnya beliau dinasihatkan untuk bercuti panjang.

Zaim rajin ke kelab exclusive.   Di sana beliau terjumpa Dato' Zack iaitu orang kuat di companinya.  Dato' Zack yang sebelum ini dianggap sebagai seorang suami misali dan menjadi tauladan kepada semua masyarakat sebenarnya menjalani kehidupan buruk dibelakangnya.   Bagi menutup perbuatan jalang beliau, Dato' Zack telah mengupah orang untuk menghapuskan Zaim. Akibatnya Zaim mendapat kecacatan dimuka.  

Walau setiap hari Sara ke hospital untuk melawat Zaim namun tidak sekalipun beliau dapat berjumpa kerana Zaim berasa malu dan trauma.  Beliau hanya hendak berjumpa kakak dan juga pihak polis sahaja.  Berita akhirnya terbongkar juga bila mana pihak berwajib mendapati bahawa Dato' Zack ada terlibat di dalam kes menganiaya Zaim. Dato' Zack akhirnya meninggal kerana positif HIV manakala bekas isterinya pula mati akibat kemalangan.

Zaim pasrah dengan ketentuan yang terjadi terhadap dirinya. Kecacatan kekal yang terjadi membuat beliau segan untuk keluar. Sara dan keluarga banyak memberi sokongan kepada Zaim, begitu juga dengan Akmal dan bos mereka Mr. Sean Lionel.


Big bos mereka  iaitu Mr. Sean akhirnya memeluk Islam dan memaklumkannya semasa diadaka  hari keluaraga company mereka setelah enam bulan memeluk Agama Islam.  Sebelum ini beliau mencari-cari arah dan akhirnya Islamlah yang terbaik baginya.  Mr. Sean melamar Sara kerana beliau tau Sara seorang yang amat istemewa.  Dalam masa yang sama Zaim juga ada hati terhadap Sara.  Walau pada awalnya Sara bukannya wanita yang tersenarai dalam listnya  kerana keadaan diri Sraa sebelum ini.

Namun akhirnya Sara milih Zaim kerana beliau bukanlah mencari insan yang sempurna tetapi mencari insan yang sama-sama ingin memperbaiki diri.



4 comments:

  1. Kak Hani syggg...thanks for the superb review..
    Muahhh! !😘😘😘

    ReplyDelete
  2. Kak Hani syggg...thanks for the superb review..
    Muahhh! !😘😘😘

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. u're welkem my dear. dua2 buku aida best. teruskan bekarya tanpa jemu,

    ReplyDelete