Tuesday, November 3, 2015

CINTAKU HANYA KAMU - JULIA JAZMINE



Chairil Aizad jatuh cinta dengan Ann pada pandangan pertama.  Asalnya Ann tidak melayan dan memberi peluang, namun usaha tanpa jemu Chairil membuatkan Ann juga akhirnya menyenangi Chairil.  Namun Ann yang masih belajar menolak untuk berkahwin awal begitu juga ajakan Chairil membawanya ke London menemui keluarganya juga ditolak oleh Ann.

Intan Suria memulakan tugas sebagai eksekutif di Syarikat Chairil Aizad selepas menjalani temuduga.  Ditanya pandangannya mengenai syarikat berkenaan,  Intan menyatakan kekagumannya dengan kemajuan syarikat anak muda tersebut.   Idea dan sumbangan Intan di syarikat  amat memberangsangkan.  Dengan adanya Intan syarikat semakin bertambah maju.  Sharina Hazlifa yang menjadi setiausaha setiausaha Chairil pula adalah merupakan rakan baik Intan.


Nasrun, Chairil dan Fahmi merupakan sabahat baik.  Fahmi telah berkahwin dengan Khaleeda manakala Nasrun pula adalah merupakan seorang yang kaki perempuan. Intan mempunyai seorang adik tiri iaitu Sheila.  Sheila tidak menyukai Intan dan kerap menyakiti hatinya, namun Intan tetap buat tidak endah akan sikap Sheila.  Sheila juga merupakan kenalan kepada Nasrun dan Chairil.   Sheila menggangap Nasrun kekasihnya walaupun Nasrun  hanya mengangapnya sebagai kawan biasa sebaliknya Nasrun menyukai Intan.


Ann kekasih Chairil telah mendapat kemalangan dan koma . Fikirannya runsing memikirkan hubungannya dengan Chairil. Keluarganya tidak pernah menyalahkan Chairil atas takdir yang menimpa anaknya.  Chairil akhirnya telah dipaksa kahwin dengan Intan bila mana keluarganya menyenangi Intan. Namun cinta Chairil yang menebal terhadap Ann membuatkan dia seakan memusuhi Intan.  Intan begitu tersiksa, namun dek kerana cintanya terhadap Chairl dia terpaksa memendamkan sahaja segala kedinginan Chairil dan berharap agar satu hari nanti Chairil akan berubah.


Bekas kekasih Intan iaitu Shahrizan kerap juga mengganggu Intan, namun tidak dilayannya. Shahrizan akhirnya mengambil keputusan dengan mengahwini gadis lain bila merasakan tiada lagi harapannya terhadap Intan.   Shahrizan dan isteri telah menjemput Intan dan suami makan malam bersama sebagai meraikan persahabatan mereka.  Namun sikap Chairil yang dingin adalah tidak memungkinkan Intan membawanya bersama.  Malang bagi Intan bila mana pada pertemuan berkenaan, isteri Shahrizan juga tidak dapat hadir sama kerana kurang sihat.  



Chairil yang ternampak akan Intan bersama bekas kekasihnya telah naik berang dan menampar Intan setelah beliau sampai ke rumah dan memperkosa Intan kerana terlalu marah. Intan begitu kecewa dan akhirnya kesabarannya pupus.  Intan mengambil keputusan untuk berpisah dan berhenti kerja.


Intan ke Scotland mengunjungi Sheila yang melanjutkan pelajaran di sana. Chairil setelah mengetahui cerita sebenar berasa menyesal dan mencari Intan.   Nasrun mengetahui di mana Intan namun dek janjinya dengan Sheila dia hanya mendiamkan sahaja.  Lebih-lebih lagi bilamana mengetahui Intan telah mengandung  serasa Nasrun ingin menyampaikan berita tersebut kepada Chairil.


Ann akhirnya pulih dan keluarganya melarang beliau untuk rapat kembali dengan Chairil kerana beliau telah berkahwin. Pada awalnya Ann tidak dapat menerima hakikat, namun akhirnya beliau pasrah.  Akhirnya Ann berkahwin dengan Sulaiman iaitu abang kepada sahabatnya juga.

No comments:

Post a Comment