Tuesday, November 3, 2015

SARA KIRANA - RAMLAH RASHID

buku dibeli pada 21/11/2012

Maisara merupakan anak angkat keluarga Zulfakar dan Zahrin. Ibu mereka mengambil Sara kerana kematian adik perempuan mereka bilamana Sara dijual oleh ibu tirinya dan ibu mereka membelinya memandangkan Sara seakan menyerupai anak gadisnya, maka ibu mereka telah mengambinya sebagai anak angkat.

Secara diam-daim Zahrin dan Sara sebenarnya saling menyukai antara satu sama lain. Memandangkan Zahrin masih belajar, maka ibu mereka telah menjodohkan Zulfakar dengan Sara.

Nak habiskan sebuah buku, baru nak tengok saya?” Zulfakar akhirnya merentap keasyikan Maisarah.

Maisarah tersentak, serta merta bangun lalu meletak novel yang dibacanya di atas meja kecil di sisi kerusi. Berkali-kali dia mengesat air mata yang masih berbaki di lopak matanya.

“Bila abang balik?”

“Mana nak sedar, kalau asyik sangat dengan buku cerita?” Zulfakar berdengus kasar, bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke dapur.


“Maaflah, Sarah tak sengaja. Pagi tadi, abang kata, abang tak balik makan.” Maisarah menurut dari belakang, gayanya seperti benar-benar ketakuan.

“Habis? Tak masaklah? Awak nak saya makan buku cerita? Ingat saya lipas?” suara tidak menengking tetapi cukup menakutkan Maisarah.

“Dah, Sara dah masak. Cuma belum berhidang. Abang duduk dulu, Sara panaskan lauk.” Dia sudah menarik sebuah kerusi makan untuk Zulfakar duduk menunggu.

Zulfakar mengerling, Maisarah tergesa-gesa menghidupkan api dapur untuk memanaskan lauk-pauk. Nasi di dalam periuk nasi elektrik masih suam, hanya disendukkan ke dalam mangkuk dan diletakkannya di atas meja. Ikan yang sudah sedia digaram kunyitkan sejak pagi tadi, dicelup ke dalam kuali berminyak yang sudah dipanaskan. Zulfakar masih merakamkan pemandangan itu. Sesekali dia senyum sendiri apabila membandingkan isterinya dengan pelakun Osyin, sebuah drama Jepun yang ditayangkan di televisyen Malaysia satu masa dahulu.

Sama macam perempuan dari negara Jepun, kalut, setia melulu. Desis hati kecilnya selalu. Jeritan Maisarah yang terkena percikan minyak panas yang merembes keluar dari kuali menggoreng ikan, merentap lamunan Zulfakar.

Dia bingkas dari duduk lalu berkejar menghampiri Maisarah yang sedang membersihkan mukanya di sinki.“Kenapa?” suaranya tidak kasar, lebih kepada bimbang.


Maisarah diam, masih sibuk membasuh muka dengan air paip.Zulfakar berang apabila pertanyaannya tidak diperdulikan. Dia menarik bahu Maisarah untuk ditegakkan, kasar. Dia mahu melihat apa yang dialami isterinya.

“Kenapa?” suara meninggi, marah.“Kena percik minyak.” Rungut Maisarah perlahan, manja, namun ketakutan. Matanya masih belum boleh dibuka kerana tempat percikan begitu hampir dengan mata kirinya.

“Kena kat mana?” Zulfakar sibuk menggosok-gosok muka Maisarah untuk memastikan tempat percikan. Kelopak mata ditarik dengan dua jari untuk mengesan sama ada percikan itu mengena dalam mata.

“Kat sini.” Maisarah menunjuk di bawah matanya yang sudah memberi kesan berwarna merah dan sedikit membengkak.

“Hah! Hangus!” Maisarah kecuh apabila tiba-tiba teringat pada ikan yang digorengnya. Zulfakar ditolak kasar ke belakang, dia tergesa-gesa mengecilkan api dan membalikkan ikan dengan sudip bertangkai pendek. Air dari tangannya, menitis ke dalam minyak di dalam kuali. Minyak panas itu sekali lagi memercik, Zulfakar yang masih berdiri di belakangnya pantas menarik Maisarah, menjauh dari dapur. Dia memeluk Maisarah dalam beberapa saat sebelum dilepaskan apabila mendapati minyak panas sudah berhenti memercik.

“Inilah akibatnya bila kerja kelam kabut!” tegas Zulfakar meninggalkan dapur. Dia sudah benar-benar marah.

No comments:

Post a Comment