Monday, January 9, 2012

AIR MATA KASIH - NORHAYATI BERAHIM

buku dipinjam dari library LPPKN

Farah Diba tidak disukai oleh bapanya.  Bapanya menggangap semua wanita adalah jahat, cuma ibu dan isterinya sahaja yang disayangi.  Ini angkara fitnah yang diberikan oleh bapanya bahawa kakaknya Farhana melacur dan lari mengikut jantan.

Angkara tidak serasi dengan bapanya Farah pindah dari rumah keluarganya.  Bapanya juga memandang rendah pekerjaan Farah yang membuka kedai kucing sedangkan Farah tidak pernah meminta duit dari bapanya untuk membuka kedai tersebut.  Apartmen yang farah duduk juga hasil dari usahanya sendiri.

Tragedi melanda keluarga farah bula mana ayah dan abang2nya mendapat musibah semasa memancing di luar negara.  Dengan berat hati Farah terpaksa mengambil alih syarikat bapanya kerana sekiranya beliau tidak mengambil alih syarikat berkenaan Pakcik Kassim iaitu adik kepada bapanya akan mengambil alih syarikat berkenaan yang mereka tahu pakciknya hanya akan menjahanamkan serta melingkupkan syarikat berkenaan.

Danial iaitu anak kepada kawan baik ayah Farah banyak membantu beliau mengendalikan syarikatnya dan dalam masa yang sama Daniel amat menyukai Farah.  Danial mula mengenali Farah semasa beliau membeli kucing untuk diberikan kepada kekasihnay Zira.  Zira yang hanya inginkan kekayaan Danial akhirnya ditinggalkan oleh Danial bila mana Danial mengetahui siapa Zira yang sebenarnya.

Sekembalinya ayah Farah selepas dapat diselamatkan, ayahnya tetap memandang rendah pada Farah.  Lebih2 lagi bila ayahnya bertemua semula dengan kakak beliau iaitu Farhana yang menerangkan betapa bapa mereka lah yag menyebabkan kakanya lari dari rumah 40 tahun dahulu.. Ayahnya telah melacurkan kakaknya kepada kawannya kerana beliau banyak hutang, dan dengan sebab itulah akkaknya lari keluar negara.

Ayah Farah begitu menyesal dengan apa yang telah dilakukan pada Farah dan meminta maaf pada Farah dan berasa kesal.  Bila mana beliau juga banyak mendapat maklumblas yang baik dari pelanggan dan juga staff bahawa semasa ketiadaan beliau Farahlah yang telah memjalankan tugas2 syarikatnya dengan baik dan juga dapat menyingkirkan orang kepercayaan bapanya yang sebenarnya selama ini hanya menghabiskan duit syarikat.

No comments:

Post a Comment