Monday, January 9, 2012

OMBAK RINDU - FAUZIAH ASHARI

Buku dibeli pada 28 Dis 2011.  Walau dah pernah baca buku ini lama dahulu dengan meminjam dari kawan, namun kerana iklan yang sungguh berkesan di kaca2 TV maka aku mengulang membacanya dengan membelinya sendiri pada kali ini.

Izzah kematian kedua orang tuanya semasa beliau masih kanak2 lagi dan dibela oleh Pakciknya iaitu Pakcik Taha sehingga dewasa.  Oleh kerana pakciknya banyak hutang maka beliau dijual kepada tauke kelab malam dan disuruh bekerja di sana walau Izzah enggan.

Di sana juga beliau berjumpa dengan Hariz yang menjadi pelanggan di kelab itu.  Memandangkan Izzah tiada orang lain yang dapat beliau meminta pertolongan maka beliau merayu kepada Hariz agar membawanya keluar dari tempat jahanam itu walau dia tahu Hariz juga bukannya baik sangat kerana beliau juga yang telah melanggannya pada malam itu.

Hariz bersetuju membeli izzzah dan dijadikan sebagai simpanannya namun Izzah sekali lagi merayu agar Hariz menkahinya kerana Izzah inginkan hubungan yang hahal.  Dengan berat hati Hariz akhirnya bersetuju dengan menikah dengan Izzah dengan beberapa syarat yang ketat.  Izzah bersetuju kerana beliau tiada pilihan lain.  Hariz tidak mahu pernikahannya dihidu oleh ibunya iaitu datuk Sufiah serta rakan2nya.

Izzah di tempatkan di Apartment Bayu Damai iaitu rumah persingahan haris, dan dilarang keluar dari rumah.  Hanya drivernya Pak Dollah yang mengetahui Izzah tinggal di sana dan setiap minggu Pak Dollah akan menghantar keperluan dapur untuk Izzah.  Hariz kerap juga pulang ke apartmentnya dan Izzah melayannya tanpa berani melawan cakap Hariz kerana beliau terpaksa disebabkan perjanjiannya.

Masa berlalu dan hari demi hari Hariz semakin menyintai Izzah, Keluarga Hariz pula memaysanya berkahwin dengan Mila atas dasar kekeluargaan mereka dan juga kerna bisnes partner walau Hariz enggan.  Mila bersetuju berkahwin dengan hariz kerana kedudukannya dan juga kerana Mila juga menyintai Hariz.

Izzah meneruskan belajar di koleh setelah Haris mengetahui beliau ada kelulusan dan akhirnya Izzah diambil bekerja di pejabat Haris sebagai PA nya walaupun kelulusannya adalah sebagai Jurutera.  Pertama kali melihat Izzah di pejabat Haris, Datuk Sufiah telah mengsyaki sesuatu dan sesampainya di rumah belau terus mencari photo2 yang telah dirakam oleh PI nya dan sememamgnya gambar Izzah yang mereka ambil bersama2 Hariz itu.  Datuk Sufiah mengamuk namun Hariz pula mengugut ibunya akan membatalkan perkahwinan dengan Mila kiranya ibunya mengancam kedudukan Izzah.

Sikap Mila yang terlalu sosial dan kerap tiada di rumah menambahkan ketidaksukaan Hariz kepadanya walaupun Mila dikenali ramai.  Datuk Sufiah meneruskan impiannya untuk memisahkan Hariz dan Izzah dengan mengunakan cara halus.  Namun Hariz yang merasakan sesuatu terjadi pada dirinya telah memohon pertolongan dari Pak Dollah sebelum orang tua tesebut ke Mekah.  Pak Dollah dan keluarga telah mengetahui bahawa Izzah adalah isteri sah Hariz dan mereka amat menyayangi Izzah dan berusaha sedaya upaya membantu mereka.

Mila mengsyaki Wafiah adalah wanita yang digembar-gemburkan ada skandal dengan Hariz.  Selepas beliau bergaduh besar dengan Mila  Hariz pula ditimpa kemalangan dan koma.  Datuk Sufah tidak membenarkan izzah melawat hariz dan mengambil kesempatan memisahkan Izzah dan Hariz dan menghalau Izzah keluar dari apartment Hariz dan menunjukkan gambar2 Izzah dengan Hudairi yang sememangnya Hariz tahu mempunyai hati degan Izzah.  Hariz begitu marah dan telah ke rumah bonda iaitu ibu tiri Hariz kerana Izzah tinggal dengan mereka setelah dihalau. Hariz mengambil keputusan menggantung Izzah kerana menyatakan Izzah curang.  Pak Dollah yang ingin menyatakan kesilapan Hariz telah diherdik oleh Hariz serta dimakinya dan kerana tidak tertahan dengan sikap Hariz yang biadap maka Pak Dollah telah menampar Hariz dan menerangkan siapa Hariz yang sebenarnya...

Hariz adalah anak kandung Pak Dollah bilamana kedua2 anak Datuk Sufiah meninggal dan bapa angkat  Hariz yang sama-sama bertugas sebagai polis dengan pak Dollah telah meminta Pak Dollah menyerahkan hariz yang kebetulan juga baru dilahirkan.  Pak Dollah berkorban demi sahabatnya dengan memberikan Hariz kepada keluarga datuk Sufiah dan bapa angkat Hariz terpaksa berbohong dan datuk Sufiah menganggap Hariz adalah anak kandungnyaaa...Manakala Pak Dollah mula berbohong pada isterinya bahawa anak mereka telah meninggal...

Datuk Sufiah yang mengetahui hal tersebut telah benar2 terkejut dan akhirnya meninggal.  Hariz yang begitu merasa bersalah telah mendapatkan kepastian dari bonda akan cerita tersebut dan ibunya tirinya juga yang selama ini menyimpan rahsia Hariz telah menyatakan kebenarannyaa...

Hariz kesal dan terus mencari Izzah, Izzah yang benar2 kecewa dengan sikap hariz telah mendiamkan diri tanpa dapat hariz mengesannya, namun akhirnya mereka bersatu kembali kerana cinta mereka yang kuat.

Mila meminta Hariz meninggalkan Izzah namun setelah mengetahui kebenaran yang Izzah adalah isteri Hariz dan benar2 terkejut bilamana mengetahui bukan Izzah yang merampas Hariz darinya namun  sebenarnya beliaulah yang merampas Hariz dari Izzah.  Mila telah ke apartment Izzah dan selepas mengetahui kebenarannya maka Mila mohon berundur diri walau Izzah melarangnya kerana bagi izzah Mila juga merupakan seorang perempuan yang baik. 

Mila berpisah dengan Hariz dan meruskan kerjayanya sebagai pelakon dan modelling dan khabarnya telah mempunyainpengganti hariz dan Haris dan izzah akhirnya hidup bersama dengan gembiranya.

No comments:

Post a Comment