Monday, January 9, 2012

CINTA SYAZA - ROSNANI SHAHADAM

Syaza berperawakan tomboy dan berkawan baik dengan Daniel dan Najwan. Daniel merupakan rakan setugasnya manakala Najwan ada peguam di syarikat Syaza bekerja.  Nmaun dalam diam Daniel menaruh harapan pada Syaza walau tidak diluahkan, manakala Najwan yg sememangnya kaki perempuan tidak memandang Syaza sebagai istimewa.

Arif anak kepada pemilik syarikat Sayza bekerja.  Pertama kali melihat Syaza Arif telah jatuh hati, namun Syaza tidak melayannya walau Ariff tetap cuba sedaya mungkin.

Kejadian malang pabila ibu Syaza berkeras hendak menjodohkan Syaza dan sekiranya Syaza mempunyai calon sendiri ibunya meminta membawa calon yang Syaza pilih kepada keluarganya.

Setelah sepakatan dibuat makan Syazwan bersetuju menjadi kekasih olok2 bagi Syaza, dan malang mengundang bila mana mereka tertangkap basah dan benar2 terpaksa menikah.  Dari sahabat baik Syaza dan Syazwan menjadi musuh ketat pabila mereka dipaksa menikah.  Keluarga Syazwan juga tidak menyukai Syaza yang berperwatakan seperti tomboy dan menghina Syaza dan keluarganya.

Masa berlalu dan Syaza meletakkan jawatan akibat dari kejadian tersebut. Beberapa bulan Syaza duduk di kampung dan kemudiannya beliau bangkit semula dengan imej dan juga tugasan baru sebagai Pegawai Perhubungan Awam, di Hotel Impiana KL.

Setelah 4 bulan bertugas di sana Syaza telah melangkahkan kaki ke pejabat lamanya bagi mengunjungi teman2 lamanya.  Syaza juga mengambil kesempatan berjumpa dengan Puan Maznah.  Daniel juga telah berhenti kerja selepas 6 bulan Syaza berhenti akibata dari kekecewaan kerana dalam diam Daniel sebenarnay menyintai Syaza walau mereka berlainan agama. Ariff pula melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menyebabkan Pn Maznah terpaksa mengambil alih tugas2 beliau semula. 

Puan Maznah begitu terkejut tatkala berjumpa Syaza dan sememangnya beliau tidak mengenalinya jika Syaza tidak mengenalkan dirinya... Najwan yang kebetulan berada di dalam bilik Puan Maznah juga terkejut besar bila mana mengetahui yang berada di hadapannya masa itu adalah isterinya yang tidak ingin diambil tahu keadaanyaaa.. Namun perubahan Syaza yang cantik dan ayu dan tiada lagi kemeja, slack, cermin mata dan rambut dipotong pendek telah menyebabkan Syaza menjadi seorang yang begitu feminin dan begitu mempesonakan Najwan.  

Semasa ingin pulang Syaza terpaksa menyerahkan kad namanya kepada Puan Maznah dan secara tak langsung beliau terpaksa juga menyerahkan satu kad kepada Najwan. 

Satu hari Najwan ke hotel tempat Syaza bekerja.  Syaza yang terlihatkan Najwan buat2 tak pandang Najwan dan membuatkan hati Najwan sakit..  lebih2 lagi bila melihat Syaza begitu mesra dengan lelaki yang diajak berbual di lobby hotel yang tanpa Najwan sedari bahawa lelaki tersebut adalah merupakan abang tiri Syaza. Pertengkaran berlaku di antara mereka dan akhirnya Najwan menyedari kesilapan dirinya yang mana Syaza tetap berpegang kepada wasiat yang Najwan dan Najwan juga telah menggantungnya tak bertali selama ini.

Suatu hari Ibu Najwan mempunyai aktiviti di hotel Syaza dan tanpa menduga bahawa wanita yang sedang dalam eksajkitan itu adalah ibu mertuanya maka Syaza telah membantu beliau.  Setelah mengetahui itu adalah ibu mertuanya Syaza tetap memberikan pertolongan dengan menghantar wanita itu balik ke rumah.  Ibu mertuanya tidak mengenali Syaza yang telah berubah kini..

Setibanya di rumah Najwan, Najwan terkejut bilamana nampak Syaza yang menghantar ibunya dan terus memegang Syaza dan kejadian ini menyebabkan ibunya tambah terkejut.  Lebih terkejut lagi bila mengetahui wanita angun itu adalah Syaza iaitu menantu yang tidak diingininya suatu masa dahulu.

Syaza yang menyintai Najwa akhirnya kembali semua dan majlis persandingan mereka ingin diadakan namun jodoh tidak menyebelahi mereka bila mana Najwan mengalami kemalangan dan meninggal.   Semasa Syaza berjalan2 di tepi pantai beliau bertemu semula dnegan danial yang kini telah memeluk agama Islam, dan akhirnay daniel dapat mengahwini Syawa wanita yang paling dicintai.

1 comment:

  1. Ada jual lgi tak novel ni lame dah sy cari..contact sy jika ada 0133888404

    ReplyDelete