Monday, January 9, 2012

SETIAP JUMAAT - NORHAYATI BERAHIM

Buku ini aku beli pada tanggal 26/9/2011

Mengisahkan Ku Pian yang telah 3 kali gagal dan percintaan kerana beliau merasakan ayahnya yang memusnahkan perhubungannya.  Hakikatnya ayahnya ingin jodoh yang terbaik untuk anaknya...

Jasmin merupakan seorang anak yang baik..Ibunya bekerja sebagai pencuci kain di rumah orang dan ayahnya bertugas sebagai pembaca meter dan malamnya bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Jasmin berazam untuk memperbaiki kehidupan keluarga mereka dan selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Jasmin telah menyambung pelajarannya ke Jepun..  Semasa di sana ayahnay meninggal dan setahun selepas itu ibunya berkahwin lain.

Jasmin amat marah dengan ibunya dan berkecil hati dan kerap menuduh ibunya dengan berbagai tuduhan dan enggan pulang ke tanah air...selepas tamat belajar Jasmin hanya balik sekejap sahaja dan kemudian bekerja sebagai pemandu pelancong di Jepun akibat dari merajuk hati kerana mengangapp ibunya tidak lagi menyayangki bapanya dan tidak sabar2 untuk berkahwin lain dan Jasmin lebih marah bila ibunay berkahwin denganorang bujang yang 5 tahun lebih muda darinyaa...

No comments:

Post a Comment